▪Tyrah Deen▪
N O T H I N G'S O V E R
Chup chup :/>

Annyeonghaseyo


TywaaPowowo @ L wife - Fourteen - Seoul
I inspirit and eLement forever
all my love is for eLement ?

Tagboard


Credits
Template : Arrien Inspirit
Big Help : K I M
Nice View:Google Chrome
Owner: Tyrah Fauzi


7 tips untuk score "A"
Thursday 15 August 2013 • 03:02 • 0 comments
1. Semak Jadual 

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar , khususnya pada saat-saat akhir ini . Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu . Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan , calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan .

2 . Kunci Peperiksaan

Apakah kunci kepada peperiksaan ? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu , selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan .

Oleh itu , anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji , terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras . Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard , di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan .

3 . Tentukan Keutamaan

Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai . Dalam hal ini , jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja , sebaliknya merangkumi semua .

4 . Banyak mengingat dan membuat kaitan

Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan . Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat , antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran ,

Apa-apa pun cara digunakan , terpulang kepada anda . Asalkan ia dapat membantu kaitan apabila diperlukan .

5 . Merancang persiapan peperiksaan 

Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan .

a) Pertama , sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini , kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan .

Selain di sekolah dan rumah , anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada , tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini . Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari .

Dalam pada itu , kesihatan diri jangan diabaikan . Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan , janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum . Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit .

Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah . Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu , apatah lagi akan menduduki peperiksaan .

Buat seketika , lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat , sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran . Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup . Jangan lepaskan peluang keemasan itu .

Begitu juga dengan pengambilan makanan , seharusnya ia seimbang . Dalam masa beberapa hari ini juga , anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda .

Setelah segala persiapan diri telah dilakukan , anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan , antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B , pemadam dan penajam pensel , jika tidak sediakan beberapa batang pensel . Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan .

Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan . Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah .

b) Kedua pada hari peperiksaan . Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal , bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu . Jika anda bangun lewat , bukan saja tidak sempat bersarapan , malah akan tergesa-gesa ke sekolah .

Ingat , perbualan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah , antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan .

Sebelum itu , jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya .

Ketika berada dalam dewan peperiksaan , anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa . Untuk menenangkan diri jika menggelabah , anda tariklah nafas panjang-panjang . Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi , sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang .

Apabila menjawab soalan , sekali lagi anda perlu tenang . Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan , jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu . Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah . Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan , tetapi dibuat kemudian .

Jika menjawab soalan objektif , ketelitian amat perlu . Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting . Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan . Seandainya tersalah tanda , padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel .

Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi , baik bagi soalan objektif mahupun subjektif , semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab . Oleh itu , peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir .

Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan . Gunakan 
masa yang diperuntukkan dengan berkesan . Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda .
c) Ketiga , selepas peperiksaan . Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan , anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya . Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah .

Jika ini berlaku , anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya . Sebaiknya , bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir .

Langkah terbaik , beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan , bukannya menyemak jawapan .
6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan 

Menjelang peperiksaan , pelbagai dugaan mungkin dihadapi . Oleh itu , anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan . Selepas menunaikan solat lima waktu , berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan .

7. Berdoa dan bertawakal 

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan . Dalam hal peperiksaan , anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi . Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri , malah mencapai kejayaan .

Begitulah 7 Tips Untuk Cemerlang dan Persediaan Menghadapi Peperiksaan yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi . Di harap dengan panduan tip-tip di atas , pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti .

Credits To : Saiful Bahri 


0 Inspirit (s) | Comment Here Inspirit (s)
Anak sulung dan anak kedua
Wednesday 24 July 2013 • 05:52 • 0 comments
Hai kawan-kawan semua : ) Harini tetibe nak update lagi , yelaa tetibe je terpikir pasal sifat seseorang , dan jari ni punya lah rajin nak pegi search dekat web , sifat2 anak sulung & anak kedua ONLY ! 

CHECK IT OUT

ANAK SULUNG
    Okay seperti yg kita tau , anak sulung , kompom laa anak emas mak & ayah kita mula2 kan ? sebelum dpt adek2 . okehh LET SEE....

1.BERSIKAP PELINDUNG
Pelindung ? Kompom lah kan , anak sulung ni kan umpama penolong kanan ibu dan ayah kita , apa2 je anak sulung . sikit2 anak sulung kan ? pelindung , contohnya abang , kalau dia ada adek mesti dia nak lindung adek dia dari sebarang apa yang berlaku sekalipun kan ? Kalau lah anak sulung tuh akak , mestilah adek dia kena berleter punya , itu ini , nak lindung diri katakan . okay whatever laa .

2.BERTOLAK ANSUR
Anak pertama memang kadang2 bertolak ansur dengan adek beradek lain , maklumlah anak sulung kan . tapi tak semestinya , kadang2 tak jugak , kadang2 taknak mengalah jugak . yes yes yes , thatswhy lah . errr . mungkin kadang2 anak sulung ni cuba mengalah dgn adek2 lain , dia kan ROLE MODEL dlm family , ape2 je anak sulung kan . okay next....

3.EGO
Ego ? Ego ? what ! ade ke ???? anak sulung pun ade ego ? err mungkin ada . Kadang2 ade jugak anak sulung ni taknak mengalah , yelaaa selama ni apa dia nak dpt je , lepas tu ade adek , sikit2 adek je kan , kalau aku2 pun menyirap , hahaha . tapi rasanya anak sulung ni ego dia kurang la sikit . betol tak ? ignore it !

4.BERJAYA DALAM HIDUP
SUCCESS ! okay itu memang la kan , kalau rajin belajar memang success . macam yg tyrah ckp , anak sulung ni umpama ROLE MODEL utk adek2 yg lain , kadang2 anak sulung ni selalu berjaya dalam hidup mereka , yelaa nak jadi contoh adek2 , biar mereka ikut jejak kan , yess THATS RIGHT !

5.PANDAI AMBIK HATI ORANG TUA
Okayy tajuk tuh ? rasanyaa semua anak pun pandai jugak amik hati orang tua , cuma tak menunjuk je , mungkin sifatlah kot , tapi baguslahh , jadi contoh dekat adek2 , yes ? memang yes ! hahahaha .  IGNORE *pening*

6.TANGGUNGJAWAB YANG TINGGI
Wajib jugak lah yang ni kan ? segala benda segala tugas semua untuk along , ha amek kau ! hahaha . harapan mak ayah lah katakan . wuhuhuhuhuh ~

ANAK KEDUA
Okay anak kedua pulak eh ? hmm mcm mana nak cakap eh ? biasanya anak kedua ni lain sikit daripada adek beradek yg lain . dalam banyak hal diorang akan mengalah dan rasa diri dipinggirkan ! what ? what ? *juling mata* dorang juga mudah mendapat tekanan perasaan . sebab banyak sgt masalah menimpa . anak kedua ni jugak cuba jadi yg terbaik and and and ~ cuba tak menyusahkan orang lain . LET SEE ~

1.LEBIH BERDIKARI
Selalunya anak kedua ni lebih berdikari daripada adek beradek yg lain . anak kedua tak kesah pun adek beradek dia yang lain nak ada benda mahal dari dia . dia jenis tak kesah , asalkan dapat pakai , kadang2 jugak anak kedua ni dapat pakai yang SECONDhand from akak/abang dia . soo tak kesah lah kan ? :/

2.DEGIL
Degil dan susah nak buat sesuatu yg disuruh . kalau dia nak sesuatu dia akan berusaha bersungguh-sungguh sampai dapat . Haha mcm aku lah tu xD

3.BERCINTA
Seorang yang setia akan pasangannya , tak pentingkan hal kedua ketiga . SETIA PADA YANG SATU !

4.HATI
Walaupun dari segi luaran nampak kasar tapi sebenarnya dia seorang yang lembut dan berjiwa perempuan cuma orang yang rapat dengan dia sahaja akan tahu perangainya . *So , yg rapat dgn aku je tau perangai aku*

5.BERDIKARI
Very independent , kalau dah pegi ke mana2 je orangnya peramah mudah mendapat kawan .

6.CARING
Anak kedua ni seorang yang caring akan BF/GF dia . apalagi FAMILY dia . suka amik tau hal2 supaya dia boleh menolong dan selalunya anak kedua yang akan menjadi peleraian sesuatu pergaduhan .

TYRAH BERKONGSI SIFAT ANAK SULUNG DAN KEDUA BUKANLAH APA , TYRAH TERTARIK NAK MEMBACA PASAL SIFAT2 ANAK SULUNG DAN KEDUA . SEBAB ANAK SULUNG ADALAH SIFAT ORANG TERSAYANG DAN ANAK KEDUA LEBIH KURANG SIFAT TYRAH . BUKANLAH APA , MEMANG BETUL APA YANG TYRAH BACA , KADANG2 RASA TERPINGGIR DAN RASA TYRAH SELALU MENGALAH DALAM FAMILY , KADANG2 TYRAH JUGA JADI ORANG YANG MELERAIKAN PERGADUHAN , TYRAH JUGAK JENIS ORANG YANG SUKA PENDAM DAN TAK SUKA MENYUSAHKAN ORANG LAIN DAN TYRAH TAK BERMINAT NAK PAKAI BENDA MAHAL2 . 

Bye assalamualaikum :'>

0 Inspirit (s) | Comment Here Inspirit (s)
Barulah Cinta Namanya
Tuesday 9 July 2013 • 05:19 • 0 comments

Assalamualaikum.

Apakah kau pernah tertarik kat orang lain tapi tetap setia mendampingi dia tanpa rasa menyesal?
Barulah tu cinta.

Apakah kau terima segala kesalahan & kekurangan diri dia sebab tu lah sebahagian dari diri dia?
Barulah tu cinta. 

Apakah kau menangis bila dia sedih walaupun sebenarnya dia kuat untuk menghadapinya sorang-sorang?
Barulah tu cinta.

Apakah ku maafkan dia & bersedia untuk tetap bersamanya
saat dia menyakiti hati dan perasaan kau?
Barulah tu cinta.

Apakah kau tetap setia walau apapun yang jadi. Saat gembira ataupun sengsara?
Barulah tu cinta.

Apakah kau dah ready berikan hati kau, episod kehidupan kau, suka duka kau dengan dia?
Ya, itu lah cinta.


Adik-adik, hang nak bercinta. Hang kena fikir dua tiga kali beb. Takut cinta manusia makan diri. Cinta Allah tinggalkan diri. Sudahnya, lupa diri. *Ganas tak ganas tak?*

Wallahu a'alam///

0 Inspirit (s) | Comment Here Inspirit (s)
LANGKAWI ♥
Saturday 8 June 2013 • 23:25 • 0 comments
Sekian lama tidak mengupdate blog ni , dah berhabuk *fuhh fuhh* . Pejam celik pejam celik dah bulan Jun dah kenn . Tak sangka jugak esok dah sekolah , ahhh malasnyaaa --' btw , cuti ni tyrah pegi rombongan sekolah ke Langkawi je 3 hari 2 malam

Kami bertolak dari sekolah pada pukul 5.00 pagi . Sementara menunggu ketibaan feri pada pukul 12.00 , kami pergi melawat dulu ke Muzium Padi Kedah dan Pusat Sains . 

                                                              Di Muzium Padi Kedah 

Bersama Yi Ling :)
Bersama juga dgn cikgu zul

Setelah pukul 10.30 , kami bertolak ke Jetty Perlis . Kami tiba di Jetty Perlis pada pukul 11.40 pagi . Suasana di sana amat sesak dengan org ramai .Kami menaiki feri pada pukul 12.00 tengah hari dan tiba di sana pada pukul 1.00 . Apabila kami tiba di sana , kami terus check in hotel . Mengikut jadual yg diberi , selepas check in hotel , kami terus pergi shopping dekat HIG *Haji Ismail Group* coklat banyakk ~~

Setelah penat berbelanja . Kami pun pulang ke hotel untuk makan malam dan sebagainya . Selepas itu kami pergi ke Pantai Cenang pula . 



Dalam bas otw to Pantai Cenang 
Dari kiri . Tyrah , Izzah , Huiyan dan Yi Ling .


Izzah :)

Mata hantu weyhhh .-.

Farah dgn Kina jadi model xD

Farah takde keje tabik tepi pantai x)

Haha nak lompat tapi tak jadi xDD

Btw , gambar ni lawaaa :D

Untung gilaa deme jumpa sari yanti . Kitorang tak jumpe pun T.T 

Setelah itu , kami pun pulang ke hotel untuk merehatkan badan yg penat berjalan ;O
Keesokan harinya , kami pula pergi ke tempat2 yg menarik di situ . Antaranya kilang minyak gamat , cable car , padang maksirat dan lain2 . 

Tempat pertama yg kami lawat ialah Kilang Minyak Gamat . Haha bosann gila kat situ . Bukannya nak beli sangat ponn minyak gamat xD Selepas itu , kami pergi ke cable car . Teruja gilaaa nak pegi situu ^^ 

Farah tinggi sangat xD



Semasa beratur panjang untuk naik cable car 

Lol mukaa akuuu *tutup muka* btw gayat ohhh ~

The beatiful view of Langkawi

Dari kiri Izzah , Farah dgn Miko 


Bak kata Izzah , mata lebam sebelah xP

HAHA , kitorang mcm budak2 xD



Selepas itu , kami pulang ke hotel untuk makan tengah hari . Setelah selesai makan tengah hari , kami  pergi pula ke Galeria Perdana . 






Gambar ni lawaaa ;)

Blurr ohh gambar ni --'

Gambar ni lawa tapi tak cukup 2 org lagi

Tak dapat tangkap gambar dgn kapal , gambar kapal pun jadi lahh yekk x)

Selepas tuh , ade lagi yg tak puas shopping . Kitorg malas turun , kitorg tangkap gambar je . 

Farah jadi photographer akak2 sesi pagi x)

Apalagi kitorang pun join lahh sekali :D

Bergambar dekat Beras Terbakar

Setelah selesai berjalan satu hari , kami pulang ke hotel untuk berehat . Tapi kitorang tak berhat pun :P selepas makan malam . kitorang terus pergi dekat kolam renang dekat belakang hotel . Tapi tak mandi pun , main2 air je . Alang2 seluar dh basah , rendam jelahh kaki dalam air tu xDD Kitorang dah takde keje , kitorang pegi pulak jalan2 dkt hotel tu .

Aktiviti kami apabila boring :D

We are wearing the same shirt  awesome :D

Looking anywhere 

Semua tengok Farah x)

Disebabkan malam tu kitorang bebas . Kitorang rancang nak jalan2 je . Tgok2 diorang nak pegi pantai cenang , nak shopping lagilah katakan :P HAHA shopping lah sgt . Lagipun masa tu bufday farah . So , kitorang kena lahh belanja dia --' Mula2 kitorang pegi Cenang Mall . Farah nak cari cover phone diaa , tak jumpe pun . Kemudian kitorang jalan2 dekat gerai yg ade di sekeliling situ . Kitorang ade jumpa satu tempat ni ade kerusi . Kitorang ingatkan taman , tetiba tu hotel . HAHA kene marah sbb buat bising xDD

Gambar ni awesome :D

Akhirnya dpt jugak tangkap gambar sam . 

Peace^^ Farah ada tanduk xP

Eksyen untuk majalah sekolah :P wkwkwk

Lepas penat berjalan , kitorang singgahlahh makan mcD .

HAHA sam lari dari camera :P

Keesokan harinya kitorang dah nak balik Ipoh dah . 

 Hari terakhir dekat Langkawi :D

Sementara tunggu feri , kitorang pegi Dataran Lang dahulu . 


Kitorang sampai Jetty Perlis pukul 2 lebih mcm tuh . Dalam perjalan balik , kitorang singgah pula di Padang Besar . Farah beli baju jersi dgn brush . Huiyan dgn Yi Ling beli tali utk phone . Tyrah beli bear besar xDD

HAHA jeles tak ? :P 

Mana lagi comel ? HAHA xD


-THE END
















0 Inspirit (s) | Comment Here Inspirit (s)