Annyeonghaseyo TywaaPowowo @ L wife - Fourteen - Seoul I inspirit and eLement forever all my love is for eLement ? Tagboard Credits
Template : Arrien InspiritBig Help : K I M Nice View:Google Chrome Owner: Tyrah Fauzi
| 7 tips untuk score "A"
Thursday, 15 August 2013 • 03:02 • 0 comments 1. Semak Jadual Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar , khususnya pada saat-saat akhir ini . Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu . Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan , calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan . 2 . Kunci Peperiksaan Apakah kunci kepada peperiksaan ? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu , selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan . Oleh itu , anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji , terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras . Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard , di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan . 3 . Tentukan Keutamaan Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai . Dalam hal ini , jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja , sebaliknya merangkumi semua . 4 . Banyak mengingat dan membuat kaitan Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan . Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat , antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran , Apa-apa pun cara digunakan , terpulang kepada anda . Asalkan ia dapat membantu kaitan apabila diperlukan . 5 . Merancang persiapan peperiksaan Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan . a) Pertama , sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini , kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan . Selain di sekolah dan rumah , anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada , tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini . Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari . Dalam pada itu , kesihatan diri jangan diabaikan . Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan , janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum . Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit . Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah . Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu , apatah lagi akan menduduki peperiksaan . Buat seketika , lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat , sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran . Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup . Jangan lepaskan peluang keemasan itu . Begitu juga dengan pengambilan makanan , seharusnya ia seimbang . Dalam masa beberapa hari ini juga , anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda . Setelah segala persiapan diri telah dilakukan , anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan , antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B , pemadam dan penajam pensel , jika tidak sediakan beberapa batang pensel . Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan . Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan . Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah . b) Kedua pada hari peperiksaan . Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal , bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu . Jika anda bangun lewat , bukan saja tidak sempat bersarapan , malah akan tergesa-gesa ke sekolah . Ingat , perbualan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah , antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan . Sebelum itu , jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya . Ketika berada dalam dewan peperiksaan , anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa . Untuk menenangkan diri jika menggelabah , anda tariklah nafas panjang-panjang . Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi , sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang . Apabila menjawab soalan , sekali lagi anda perlu tenang . Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan , jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu . Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah . Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan , tetapi dibuat kemudian . Jika menjawab soalan objektif , ketelitian amat perlu . Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting . Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan . Seandainya tersalah tanda , padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel . Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi , baik bagi soalan objektif mahupun subjektif , semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab . Oleh itu , peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir . Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan . Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan . Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda . c) Ketiga , selepas peperiksaan . Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan , anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya . Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah . Jika ini berlaku , anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya . Sebaiknya , bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir . Langkah terbaik , beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan , bukannya menyemak jawapan .
6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan , pelbagai dugaan mungkin dihadapi . Oleh itu , anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan . Selepas menunaikan solat lima waktu , berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan . 7. Berdoa dan bertawakal Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan . Dalam hal peperiksaan , anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi . Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri , malah mencapai kejayaan . Begitulah 7 Tips Untuk Cemerlang dan Persediaan Menghadapi Peperiksaan yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi . Di harap dengan panduan tip-tip di atas , pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti . Credits To : Saiful Bahri |
0 Comments:
Post a Comment