Annyeonghaseyo TywaaPowowo @ L wife - Fourteen - Seoul I inspirit and eLement forever all my love is for eLement ? Tagboard Credits
Template : Arrien InspiritBig Help : K I M Nice View:Google Chrome Owner: Tyrah Fauzi
| Dear Kaum Hawa
Monday, 27 May 2013 • 04:27 • 0 comments AssalamualaikumRamai kaum hawa di luar sana yang sentiasa mempersoalkan dan mengeluh dengan lahirnya mereka sebagai seorang wanita . Lupakah kita semua bahawa Islah lah yang telah mengangkat martabat kita ketika zaman jahiliyah dulu . Semua perintah Allah itu walaupun ada kalanya agak berat tetapi adalah untuk memelihara kemuliaan kita . Itu semua tanda kasihnya Allah kepada kita wahai kaum hawa . Walaupun kita lemah dari segi tenaga fizikal , tetapi hakikatnya kaum hawa lah yang paling kuat dari segi kesabarannya . Bagi kita , sehelai rambut pun tidak boleh diperlihatkan . Sedangkan kaum adam , singlet sahaja sudah cukup untuk menutup aurat . Tetapi berapa ramai wanita di luar sana yang hanya menutup kepala dan badan mereka , bukan menutup aurat mereka . Tidakkah kita semua sedar bahawa itu semua adalah untuk memelihara maruah kaum hawa yang berharga itu ? Antara tanda kasih sayang -Nya kepada kita wahai kaum hawa adalah CUTI ! Lelaki tidak pernah diberikan cuti dalam menunaikan solat . Sedangkan wanita dianugerahkan Allah dengan cuti dalam solat dan kita tidak perlu menggantikan solat yang ditinggalkan ketika uzur . Tidakkah kita bersyukur ? tetapi ada yang mempersoalkan bahawa mereka akan kerugian pahala kerana tidak dapat menunaikan ibadah ketika itu . TIDAK ! terlalu banyak ruang pahala lain yang boleh kita perolehi tanpa kita sedari . Di sebalik kelemahan dan kelembutan kaum hawa , terselit kesabaran dan ketabahan yang luar biasa . Janganlah kita hanyut kerana tidak sabar dalam melakukan ketaatan . Yakinlah dengan bantuan dan keredhaan Allah . Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia . Jangan jadikan peredaran zaman sebagai alasan . Teruskanlah berjuang kerana ganjaran Allah yang besar sedang menanti . Jadilah perhiasan dunia yang indah , jangan jadi penyebab fitnah dunia yang parah . Sekian :'> |
0 Comments:
Post a Comment