▪Tyrah Deen▪
N O T H I N G'S O V E R
Chup chup :/>

Annyeonghaseyo


TywaaPowowo @ L wife - Fourteen - Seoul
I inspirit and eLement forever
all my love is for eLement ?

Tagboard


Credits
Template : Arrien Inspirit
Big Help : K I M
Nice View:Google Chrome
Owner: Tyrah Fauzi


Dear Sahabat
Monday, 27 May 2013 • 04:12 • 0 comments
                                                                     Assalamualaikum

Rasa ingin bersahabat itu adalah satu lumrah dalam diri setiap insan . Merasa ingin mengasihi dan dikasihi dalam bersahabat adalah satu kepastian kerana kita di dunia ini tidak keseorangan tetapi adakah persahabatan dan ukhuwah itu disandarkan pada dia yang punya segalanya atau sekadar mengikut nafsu yang menguasai diri ? Adakah bersahabat hingga ke syurga itu hanya sekadar fantasi ?

Maafkan aku sahabat andai aku hanya tunduk diam menyepi . Maafkan aku sahabat andai setiap tuturku hanya menambah duri di hatimu . Maafkan aku sahabat andai aku tidak cukup sempurna untuk menjadi sahabatmu yang baik . Maafkan aku sahabat andai aku bukan sahabat yang kau cari . Aku hanya tahu untuk mengimpikan seorang sahabat sejati tetapi diri ini tidak cukup sejati dalam bersahabat . Mengharap sahabat yang sentiasa memahami diri ini tetapi diri masih berburuk sangka dengan sahabat sendiri . Mengejar sahabat yang sentiasa bersama di sisi tetapi keegoan masih berada di dalam hati . Maafkan aku wahai sahabat !

Andai aku tidak seperti menghargaimu , bukan bermaksud aku tidak sudi atau bukan juga kerana kau tidak cukup baik untuk menjadi sahabatku . Tetapi kerana aku tidak tahu bagaimana ingin menunjukkan perasaan kasihku . Tidak cukup kuat juga untuk melontarkan kalam sayang kepadamu walaupun aku tahu , jika seseorang itu menyayangi sahabatnya , maka hendaklah dia memberitahu kepadanya bahawa dia menyayanginya . Tetapi ketahuilah bahawa setiap saat aku bersamamu sahabat , aku terasa seperti semua bebanku melayang daripada bahuku .

Memang kadangkala Allah titipkan ujian dalam persahabatan ini . Menguji agar kita kenal betapa manisnya dalam berukhuwah . Sesungguhnya takdir Allah yang mempertemukan kita dan takdir Allah jualah yang mampu memisahkan kita . Perasaan cinta pada sahabat itu adalah kurniaan dari-Nya manakala perasaan manisnya berukhuwah itu juga adalah nikmat dari-Nya . Aku ingin mencari sahabat yang sudi bersamaku di syurga nanti . Bersama mencari redha Ilahi . Sanggup menegurku apabila aku berada jauh dari-Nya serta menghulurkan tangan disaat aku jatuh tersungkur . Menarik aku dikala aku hampir terjerumus ke lembah kezaliman serta memelukku dan mengusap air mataku disaat aku berasa keseorangan .

Sekian :'>




0 Comments:

Post a Comment


? ?